"Saya menjemput warga Langkawi ke Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Langkawi pada hari Sabtu, 30 Jun 2018 ini di Kompleks Sukan Lada, Langkawi," kata Mahathir, yang merupakan Ahli Parlimen Langkawi menerusi catatan di laman Facebook dan Twitter hari ini.

Majlis itu akan diadakan bermula pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang.

Mahathir dilantik sebagai perdana menteri ketujuh pada 10 Mei lalu susulan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu. - Bernama