Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson dalam satu kenyataan media berkata, majlis yang menyasarkan kehadiran kira-kira 5,000 pengunjung itu turut dijangka dihadiri beberapa ahli Kabinet dan perwakilan asing.

"Majlis akan diadakan di tapak bersebelahan Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson dan akan bermula dari pukul 7.45 malam sehingga 11 malam.

"Selain pelbagai juadah disediakan, pengunjung yang hadir akan dihiburkan dengan persembahan artis antaranya Datuk M. Nasir, Hail Amir, Uji Rashid, Ramlah Ram dan Syamel," kata kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, penganjuran majlis tersebut antara lain bertujuan mengeratkan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat serta berkongsi kegembiraan dengan golongan kurang bernasib baik. - K! ONLINE