Dalam kejadian pukul 4 petang itu, mangsa, Nasharuddin Tajudin, 57, dan anaknya yang berusia 21 tahun berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu dapur.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, tiga buah jentera bomba dengan kekuatan 30 anggota bertugas memadamkan kebakaran.
“Maklumat awal diterima, kebakaran bermula dari bahagian hadapan rumah sama ada berpunca daripada penyaman udara atau kenderaan mangsa yang diletakkan di garaj.
“Kebakaran telah memusnahkan kira-kira 80 peratus bahagian rumah. Dua buah kenderaan jenis Hyundai Ioniq dan Tucson milik mangsa turut musnah,” katanya di sini semalam.
Bagaimanapun, mangsa bersama anak lelakinya tidak mengalami sebarang kecederaan.