Bagaimanapun, kegiatan pasangan berusia 46 dan 45 tahun itu berjaya dihidu oleh pihak berkuasa yang menyerbu rumah mereka di tingkat 15 dalam Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH) Siri 46 pada pukul 1 pagi semalam.

Lebih menyedihkan, lima daripada lapan anaknya masing-masing berusia 7 hingga 14 tahun hidup dalam kedaifan dan terabai di dalam rumah tersebut.

Kosmo! Ahad difahamkan tiga orang lagi anak mereka kini sedang menuntut di universiti tempatan.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan, Fatimah Zuraida Salleh berkata, pihaknya akan mengambil inisiatif bagi memberi kehidupan baru dan lebih terjamin kepada anak-anak pasangan tersebut.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.