Kejadian pada 28 November lalu berlaku ketika mangsa, Woo Siew Yoke, 65, bertemu tiga wanita yang kononnya menjual pokok herba iaitu rumput yik mou yang didakwa mampu me­ngubati penyakit kulit anaknya yang berusia 32 tahun.

Ketua Biro Perkhidmatan Komuniti Parti Gerakan Ipoh Timur, Chek Kwong Weng berkata, sebelum menjadi mang­sa penipuan, Siew Yoke sedang membeli barangan keperluan rumah di sebuah pasar di Mengelembu sebelum didekati seorang wanita yang memberi maklumat mengenai tumbuhan yang mampu merawat penyakit kulit.

Menurut beliau, Siew Yoke yang teringatkan anak perem­puan sulungnya yang menghadapi masalah kulit meluahkan minat untuk membeli rumput yik mou sebelum mengikut wa­nita tersebut menuju ke sebuah kereta di kawasan pasar itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.