Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa memohon pinjaman itu selepas terjumpa pautan ke laman Facebook milik suspek ketika melayari Internet pada 13 Jun lalu.

“Mangsa berminat membuat pinjaman sebanyak RM50,000 dan menyerahkan dokumen seperti penyata bank dan salinan kad pengenalan kepada suspek yang merupakan seorang lelaki Cina.

“Lelaki berkenaan meminta pengadu membayar RM4,130 ke dalam akaun Maybank atas nama Lee Woon Hau bagi urusan setem (perjanjian bayaran balik).

“Suspek juga beberapa kali meminta mangsa memasukkan wang ke dalam dua akaun bank berbeza dengan pelbagai alasan,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah beliau lagi, mangsa menyedari ditipu apabila amaun pinjaman yang dimohon tersebut masih tidak diterima sehingga semalam.

Kes tersebut dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh semalam dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - K! ONLINE