Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira pukul 6.28 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian. 

"Seramai 55 anggota bomba dengan sembilan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, BBP Setiawangsa, BBP Hang Tuah, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Cheras dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman api. 

"Sebaik tiba di lokasi, anggota bertugas dapat melihat asap tebal keluar dari tingkat empat bangunan berkenaan yang menempatkan sebuah ruangan pejabat," ujar kenyataan tersebut. 

Jelas kenyataan itu, kebakaran dapat dikawal kira-kira pukul 7.34 malam dan berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 11.11 malam. 

"Tiada kemalangan jiwa dan sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan dan punca kebakaran masih di siasat oleh unit forensik," katanya. - K! ONLINE