Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu  telah menghidupkan semula semangat federalisme antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri. 

"Ini adalah satu langkah positif yang diambil oleh kerajaan persekutuan dengan mengembalikan hak rakyat Terengganu mengikut kandungan Perjanjian Pembangunan Petroleum PDA 1974 yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak sebelum ini namun dimungkiri UMNO-Barisan Nasional (mulai tahun 1999).

"Kerajaan negeri pimpinan Pas juga bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat yang akan memantau bagaimana kita membelanjakan wang royalti itu.

"Kerajaan pusat dan negeri masing-masing ada bidang tugas tersendiri, jadi kita sentiasa terbuka dalam hal (pemantauan penggunaan royalti) ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Rusila di sini hari ini. - Bernama