Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah keseluruhan aduan yang telah diterima oleh RoS membabitkan parti tersebut ialah sebanyak 249 dan 47 daripadanya mempunyai kaitan dengan pelanggaran perlembagaan dan peraturan parti tersebut.

“ROS menjalankan tugas secara profesional dan mereka tiada mempunyai sebarang kepentingan dalam mana-mana organisasi politik.

“Akta Pertubuhan 1966 menyebutkan tugas RoS adalah untuk menjaga kepentingan rakyat terutamanya ahli mana-mana persatuan atau badan politik mengikut perlembagaan pertubuhan terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Isu Kesesakan di Tambak Johor dan Linkedua, Johor di Bangunan Perdana Putra di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.