Pengarah Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Pahang, Zainal Yusoff berkata, paras air Sungai Rompin berada pada bacaan 10.49 meter (m) berbanding takat bahaya 9.50m.

Tambah beliau, Sungai Aur pula mencatat bacaan 16.98m yang melepasi paras bahaya 16.00m pada awal pagi.

"Sehubungan itu, seramai 63 mangsa melibatkan 14 keluarga di Kampung Tekek, Pulau Tioman kini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tekek.

"Sehingga tengah hari tadi juga, seramai 55 mangsa daripada 16 keluarga turut dipindahkan di Dewan Orang Ramai Leban Chondong, Rompin," kata beliau.

Di Pekan pula, kata beliau, seramai 283 mangsa melibatkan 76 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara.

"Keseluruhannya, seramai 401 mangsa dan 106 keluarga kini berada di lapan pusat pemindahan di Pekan serta Rompin," tambah beliau. - K! ONLINE