Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) PDRM, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, operasi digelar Op Asap tersebut dilakukan sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Perisikan dan Siasatan Khas JKDNKA Bukit Aman berpandukan maklumat awam yang diterima.

"Anggota bertugas telah menahan sebuah lori jenis Daihatsu dan pemeriksaan yang dilakukan telah menemui sebanyak 15,640 karton rokok seludup pelbagai jenama bernilai kira-kira RM2.1 juta selepas ditaksirkan cukai.

"Pemandu lori berusia 36 tahun telah ditahan dan semakan yang dilakukan mendapati dia mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah kekerasan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Acryl Sani, suspek kini ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai selama tujuh hari sehingga 20 Jun depan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

"Kes kini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," tegas beliau. - K! ONLINE