Rezeki memperoleh ikan pari seberat 8.27 kilogram (kg) menyaksikan dia mendapat tempat pertama dan membawa pulang wang tunai yang disampaikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaaan, Warisan dan Pelancongan Negeri, Datuk Hassan Mahmood.

Mat Dahab berjaya mendaratkan ikan dari spesis Whiptail Stingray pada pukul 9.12 pagi yang merupakan rezeki paling bernilai sepanjang lebih 30 tahun memancing ikan.

Pelepasan acara memancing pada pukul 8.30 pagi disempurnakan Ketua Jajahan Pasir Puteh, Abd. Pattah Hasbullah.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Zurina Abd. Samad dan Pengarah Tourism Kelantan, Hafiz Hazim.

Pemenang kedua ialah Rohaizat Ridwan, 47, dari Bukit Rambai, Melaka menerima wang tunai RM12, 000 dan tempat ketiga dimenangi Muhammad Ridwan Abd. Aziz, 26, dari Pasir Puteh, Kelantan, dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM5, 000.

Seramai 1,570 kaki pancing seluruh negara menyertai pertandingan memancing yang menyediakan sejumlah RM132, 750 hadiah berbentuk barangan dan wang tunai.

Zurina ketika ditemui berkata, program berkenaan bertujuan memperkenalkan lokasi pantai menarik seluruh negara untuk dikunjungi pelancong dalam dan luar negara.

Menurutnya, siri jelajah pantai turut memberi impak ekonomi kepada pengusaha chalet dan peniaga tempatan.

"Kita menyasarkan sejumlah 30 juta pelancong yang akan memberi hasil pendapatan berjumlah RM100 bilion pada 2020 dan pada tahun ini kita menyasarkan kehadiran pelancong dari Asia Tenggara seramai 28.1 juta dengan hasil pendapatan berjumlah RM90.2 bilion," katanya. - K! ONLINE