Menurut Menteri Kesihatan merangkap Presiden MIC, Datuk Seri S.Subramaniam, agihan fasa kedua peruntukan di bawah Bajet 2017 itu melibatkan 251 sekolah bantuan kerajaan dan 33  sekolah kerajaan.

"Ia turut merangkumi 10 sekolah bagi tujuan pembangunan dan menaik taraf  fasiliti sukan serta  50 sekolah bagi projek Kelas  Abad ke-21," katanya pada majlis penyerahan peruntukan itu di sini.

Majlis penyerahan dana kepada wakil penyelia sekolah di 11 negeri yang terlibat turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.

Negeri berkenaan ialah Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Johor, Pahang, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelantan dan Perlis. - Bernama