Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu ke­nyataan semalam berkata, skim yang akan bermula pada 1 Januari ini de­ngan dana permulaan sebanyak RM2 bilion, akan menyediakan perlindungan kesihatan secara percuma kepada penerima yang layak untuk 36 jenis penyakit kritikal.

Beliau berkata, skim ber­kenaan akan menawarkan perlindungan insurans dan takaful kesihatan secara percuma kepada golongan B40 yang berkelayakan sebagai bantuan menghadapi cabaran yang timbul daripada masalah menghidap penyakit kritikal dan menjalani rawatan hospital yang boleh menjejaskan ali­r­an pendapatan isi rumah mereka.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.