Festival yang berlangsung selama dua hari di Dataran Pantai Batu Buruk di sini itu dijangka mengumpulkan lebih 10,000 belia daripada setiap daerah di negeri ini. 

Menurut Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT), Amirullah Othman, bantuan yang disumbangkan oleh kerajaan negeri itu bertujuan membantu setiap cawangan belia yang aktif untuk menguruskan hal-hal pentadbiran persatuan. 

“Belia di negeri Terengganu sememangnya bertuah kerana kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah besar dana bagi membantu para belia bergerak aktif menerusi persatuan mereka. 

“Bantuan ini merupakan bantuan pentabiran secara tahunan bagi membolehkan setiap persatuan menjalankan pelbagai jenis aktiviti, bermesyuarat mahupun untuk kegunaan pengurusan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan pelancaran Festival Belia Negeri Terengganu yang disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman. 

Tambah Amirullah, festival yang menawarkan pelbagai aktiviti serta pameran itu dikendalikan sepenuhnya oleh 18 badan gabungan MBNT. - K! ONLINE