Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM781.75 juta diperuntukkan untuk pembinaan jalan, RM420.24 juta (bekalan air) dan RM672.12 juta pula untuk bekalan elektrik.

"Hingga kini, perbelanjaan yang telah digunakan untuk projek jalan adalah sebanyak RM315.34 juta, bekalan air RM225.95 juta dan bekalan elektrik berjumlah RM377.34 juta.

"Kementerian turut menyediakan bekalan elektrik alternatif seperti mini hidro dan solar bagi menggantikan genset di kawasan pedalaman yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi bagi membolehkan penduduk mendapat bekalan elektrik 24 jam," katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Rabiyah Ali berhubung perkara itu.

Katanya, selain itu, kementeriannya turut bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi meluaskan capaian internet di kawasan luar bandar secara berperingkat.

"Buat masa ini sebanyak 250 Pusat Transfomasi Luar Bandar Mini (Mini RTC) disediakan bagi membolehkan penduduk mengakses internet," katanya. - Bernama