Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, peruntukan itu meliputi 16 projek membaik pulih perumahan kos rendah dan sederhana rendah berjumlah RM14.5 juta menerusi Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) seperti kerja mengecat, membaiki bumbung, lif dan tangki air di kawasan terlibat.

Selain itu, kementerian turut membina lima gelanggang futsal berbumbung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia dengan jumlah keseluruhan kos RM2.5 juta untuk memberi peluang kepada golongan muda beriadah.

"Kita juga beri geran bernilai RM3.76 juta untuk projek-projek kecil dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Parlimen Gombak. Ada yg dah siap, sedang dalam pembinaan dan ada yang akan dilaksanakan.

"Gelanggang futsal ini sedang dalam pembinaan dengan kos RM500,000 setiap satu," katanya selepas melancarkan Program Transformasi Sosial Pangsapuri Pinggiran Batu Caves, di sini hari ini.

Noh berkata, kerja mengecat serta membaiki bumbung 28 blok pangsapuri di tiga fasa Pinggiran Batu Caves dijangka siap Disember ini dengan kos keseluruhan RM5 juta. - Bernama