Perdana Menteri berkata, kerajaan meluluskan peruntukan RM50 juta manakala baki RM50 juta akan disumbangkan oleh Tenaga Nasional Bhd. (TNB) melibatkan pembinaan 50,000 unit lampu jalan kampung.

“Kerja-kerja pembinaan serta pemasangan lampu itu dijang­ka mengambil masa antara 10 hingga 14 minggu dan TNB telah beritahu akan segerakan pemasangannya.

“Apabila kampung itu di­terangi cahaya lampu, saya percaya penduduk akan nikmati pelbagai faedah, kampung jadi lebih ceria selain keselamatan ditingkatkan,” katanya selepas majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan penye­rahan program pemasangan lampu Jalan Kampung Negeri Johor di Bukit Mor di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.