Dalam kenyataan hari ini, bank pusat berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa itu adalah rizab mata wang asing (RM398. 05 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (RM3.65 bilion), Peruntukan Hak Pengeluaran Khas (SDR - AS$1.2 bilion), emas (RM6.092 bilion) dan aset rizab lain (RM12.185 bilion).

BNM berkata, aset itu termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab lain termasuk SDR (RM423.08 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM4.30 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM4.25 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.25 bilion), tanah dan bangunan (RM4.18 bilion) dan aset lain (RM9.57 bilion). - Bernama