Beliau berkata, pseudo autism menyerupai autisme iaitu golongan kanak-kanak tidak mempunyai kemampuan atau kemahiran bersosial dan hidup dalam dunia sendiri yang boleh berlaku sekiranya mereka menghabiskan terlalu banyak masa secara rutin bermain gajet atau menonton televisyen.

“Usia satu hingga enam tahun adalah waktu kritikal dalam pembinaan neuron kanak-kanak namun apabila kurangnya aktiviti fizikal dan interaksi, ia mengganggu pertumbuhan otak mereka yang sepatutnya berkembang sehingga 90 peratus dalam tempoh ber­kenaan,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Beliau berkata, neuron yang tidak dikembangkan atau digunakan sepenuhnya ini akan mati, sekali gus mewujudkan pelbagai konflik pada kanak kanak terbabit.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.