Risalah itu ditemui oleh seorang sukarelawan Street Dakwah kira-kira pukul 5 petang sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak pengurusan masjid tersebut. 

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Md. Azhan Samat berkata, kejadian tersebut adalah yang pertama kali berlaku pada tahun ini dan satu laporan polis telah dibuat untuk siasatan lanjut dilakukan oleh pihak berkuasa. 

"Kami menyerahkan kes ini kepada pihak polis untuk siasatan lanjut kerana tindakan tidak bertanggungjawab itu boleh didakwa mengikut Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada orang Islam 1988.

"Saya menyeru masyarakat untuk bersama-sama memelihara perpaduan dengan menjaga sensitiviti setiap bangsa dan agama, kerana sekiranya tidak dijaga ia boleh mengundang  berlaku perkara lebih buruk yang tidak diingini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Bukit Baru di sini malam tadi. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut.

"Polis telah menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 11 pagi semalam dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan," katanya. K! ONLINE