Pada pukul 6 petang, ringgit ditutup pada 4.0550/0600 berbanding dolar US daripada 4.0600/0650 pada Jumaat.

Peniaga berkata, harga minyak yang turun melebihi enam peratus bulan ini ekoran kebimbangan terhadap perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China meningkatkan semula ekoran kewujudkan kebimbangan baharu terhadap gangguan bekalan.

Harga semasa minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras naik 0.28 peratus kepada US$74.97 setong.

Peniaga berkata penyusutan dolar menjelang keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan dan gaji bukan ladang bagi Julai turut mempengaruhi peningkatan harga minyak.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan rendah kecuali dolar Singapura kepada 2.9761/9809 hari ini berbanding 2.9763/9806 pada Jumaat.

Mata wang tempatan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.6509/6563 berbanding 3.6508/6562, menyusut  berbanding pound British kepada 5.3202/3283 daripada 5.3117/3199 dan merosot berbanding euro kepada  4.7379/7445 daripada 4.7193/7264. - Bernama