Pada 9 pagi ini ringgit disebut harga pada paras 4.0550/0600 berbanding dolar AS daripada 4.0570/0610 sewaktu ditutup semalam. 

Seorang  peniaga berkata sentimen pasaran  juga bertambah baik susulan jaminan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) Jerome Powell membabitkan pendekatan yang lebih berperingkat dalam usaha menaikkan kadar faedah.

"Sentimen berkaitan risiko akibatnya telah mendorong pelabur untuk melabur dalam aset yang lebih berisiko seperti pasaran saham yang pada akhirnya mengukuhkan lagi mata  wang tempatan.

"Selain itu, harga minyak mentah yang lebih tinggi dengan penanda aras global, Brent meningkat kepada AS$72.99 setong pada hari ini, turut menyokong prestasi ringgit memandangkan kedudukan Malaysia sebagai pengeksport bersih minyak dan gas," katanya. - Bernama