Penyelaras Tabung Bencana SBPI Sabak Bernam, Mohd. Fadzlan Fadzir berkata, kerosakan tersebut melibatkan dewan utama dan makan, asrama, van sekolah, garaj, kelas dan papan tanda yang dianggarkan RM150, 000.

Katanya, pada peringkat awal ini sebanyak RM80, 000 diperlukan bagi kos pembaikan segera kerosakan di bahagian bumbung dan siling dewan yang runtuh 
serta van sekolah yang mengalami kerosakan total. 

"Mujur semasa kejadian berlaku semua pelajar pulang bercuti sempena Hari Raya Aidiladha. 

"Jika tidak, mungkin perkara lebih buruk berlaku," katanya ketika dihubungi di si I hari ini. 

Beliau menjelaskan, kesemua kerja-kerja pembaikan perlu dilakukan segera bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran apabila sekolah mula dibuka semula selepas cuti selama seminggu sempena Hari Raya Aidiladha. 

Justeru, sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada akaun Bank Islam 12056010011024 atas nama PIBG SBP Integrasi Sabak Bernam atau menghubungi Mohd. Fadzlan di talian 013-3216521. - K! ONLINE