Beliau berkata usaha pembinaan semula ini akan dilaksanakan secepat mungkin bagi membolehkan mereka kembali menjalankan kehidupan mereka seperti biasa.

"Kita akan peruntukan (dana) untuk membina semula agar mereka dapat balik ke rumah mereka," katanya pada sidang media selepas melawat mangsa kejadian itu yang kini ditempatkan sementara di Sekolah Kebangsaan Kuala Teriang di sini.

Menurut maklumat yang diterima Bernama, Angkatan Pertahanan Awam (APM) menyatakan sebanyak 49 buah kediaman rosak ekoran kejadian bencana itu yang berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi Khamis itu.

Seramai 207 mangsa juga sedang ditempatkan sementara di SK Kuala Teriang dan angka ini dijangka bertambah berikutan terdapat mangsa yang masih belum berdaftar dengan APM. - Bernama