Menurut seorang peniaga, Fatimah Abdullah, 45, kejadian yang berlaku pada pukul 4 petang itu bermula dengan angin kencang diikuti hujan lebat.

Menurutnya, peniaga gagal membuka perniagaan kerana bangku tempat meletak barangan jualan turut rosak selain ketiadaan pelanggan apabila sekitar kawasan itu digenangi air selama dua jam.

"Kami terpaksa meninggalkan khemah jualan dan mencari tempat yang selamat di premis berdekatan," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Seorang lagi peniaga, Ismail Mamat, 40, berkata sebahagian peniaga terpaksa menanggung kerugian apabila bekas makanan termasuk kuali turut diterbangkan angin.

Menurutnya, penjual gagal menyelamatkan barangan jualan kerana lebih mengutamakan keselamatan mereka.

"Kami tidak menduga ribut yang berlaku begitu kencang dan pantas," katanya. - K! ONLINE