Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah, Azmi Abd. Karim berkata, daerah terlibat ialah Kota Setar, Padang Terap, Langkawi, Pendang, Sik, Kubang Pasu dan Kulim.

"Setakat kini, bantuan Tabung Bantuan Segera (TBS) antara RM100 hingga RM300 telah kita salurkan kepada sebahagian mangsa termasuk di Langkawi dan Padang Terap bagi meringankan beban yang ditanggung selain diberi bantuan bencana berupa tikar, selimut, kain pelikat dan kain batik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Kampung Lemping dan Kampung Kubang Siam di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubang Rotan dalam daerah Kota Setar mendapati kebanyakan rumah berkenaan mengalami kerosakan bumbung akibat diterbangkan angin.

Siti Nur ZulaikaSalleh, 22, dari Kampung Kubang Siam berkata, kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi tadi menyebabkan bumbung bahagian biliknya diterbangkan angin semasa dia sekeluarga tidur.

"Saya sedar angina kuat di luar dan tidur semula, tapi apbila lampu bilik jatuh atas badan saya bersama air hujan baru saya sedar lampu dah terpadam, bumbung rumah dah tercabut sebelum keluar menyelamatkan diri.

"Mujur adik saya dating cepat-cepat tutup suis lampu, jika tidak mungkin saya terkena renjatan elektrik," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini, hari ini. - Bernama