Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr. Sha'ari Ngadiman berkata, setakat ini, Ahmad Tarmizi, 30, yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis hanya keletihan dan lemah berkemungkinan kerana terlalu lama berada di dalam hutan.

Katanya, pihak hospital juga telah mengambil sampel darah mangsa untuk diuji bagi memastikan kesihatannya benar-benar berada dalam keadaan baik sebelum dibenarkan pulang.

"Kami menjangkakan beliau dibenarkan keluar pada Rabu kerana kita masih mahu mengawasi keadaannya.

"Pemeriksaan awal mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan atau kesan gigitan haiwan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - Bernama