Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bahau, Muhamad Rasul Hashim berkata, mayat mangsa ditemui tersangkut pada sebatang kayu dalam sungai tersebut.

"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan kes lemas itu pada pukul 5.05 minit dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 15 minit kemudian. 

"Sembilan anggota bomba digerakkan mencari mangsa. Operasi ditamatkan pada pukul 6.02 petang selepas mayat mangsa ditemui," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Muhamad Rasul berkata, mangsa dipercayai tergelincir ke dalam sungai itu semasa menjala ikan bersama bapa dan abangnya dan mayatnya diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - K! ONLINE