Perbuatan keji tersebut dipercayai dilakukan beberapa kali di tempat berbeza di Malim Nawar dekat sini oleh kedua-dua mereka yang masing-masing berusia 39 dan 63 tahun. 

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, kegiatan sumbang mahram tersebut terbongkar apabila mangsa menceritakan perkara itu kepada ibu kandungnya sebelum tampil membuat laporan polis. 

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kampar untuk pemeriksaan lanjut. 

“Hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan hospital mendapati terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. 

Tambah Hasron Nazri, pemeriksaan lanjut yang dilakukan pakar sakit puan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pula mendapati terdapat koyakan lama pada bahagian selaput dara mangsa. 

“Koyakan tersebut dipercayai kesan daripada kemasukan objek tumpul seperti zakar. 

“Sehubungan itu, kedua-dua suspek telah ditahan semalam dan kini mereka direman sehingga 12 Januari depan bagi membantu siasatan,” katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram. - K! ONLINE