Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Selama, Zaizatulniza Razali berkata, pihaknya menerima panggilan daripada ahli keluarga mangsa pada pukul 12.14 tengah hari bagi membantu membawa mangsa yang mempunyai berat badan kira-kira 120 kilogram itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan. 

“Sepasukan anggota bersama sebuah jentera dikerahkan ke lokasi mangsa bagi memberikan khidmat bantuan khas tersebut. 

“Anggota bertindak mengangkat remaja tersebut ke atas kerusi roda sebelum membawanya naik ke atas lori utiliti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. 

Tambah Zaizatuliza, selepas mendapatkan rawatan, lori tersebut sekali lagi digunakan bagi membawa mangsa pulang ke rumahnya. 

“Mangsa memberitahu dia mengalami patah kaki kanan selepas terlibat dalam kemalangan beberapa bulan lalu dan berat badannya yang berlebihan menyukarkan pergerakannya terutamanya ketika ingin mendapatkan rawatan susulan di hospital. 

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 12.50 tengah hari,” katanya. - K! ONLINE