Dalam kejadia kira-kira pukul 7.30 malam itu, Mangsa, Muhammad Alif Haikal Nordin, 19, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital. 

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Yusof Unis berkata, adik mangsa, Muhammad Akmal Danial, 18, yang membonceng motor berkenaan turut cedera dan kini dipindahkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh dari Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta dipandu dari kawasan air terjun Chamang menuju ke sebuah hotel telah membuat pusingan U menyebabkan motosikal dari belakang arah yang sama tidak sempat mengelak sehingga berlaku pelanggaran.

"Pemandu dan penumpang kereta yang masing-masing berusia 35 tahun tidak mengalami kecederaan serius," katanya di sini hari ini. - K!ONLINE