Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa, Nor Izzati Khairunnisa Asli, 19, dari Kampung Manir, Kuala Terengganu meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada beberapa anggota badan. 

Pegawai Bomba Kanan I, Mohd. Fauzi Mohd. Yazid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.44 petang sebelum enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat  Wakaf Tapai dikerahkan ke tempat kejadian. 

“Anggota mengambil masa selama 30 minit bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit pada tempat duduk pemandu kereta jenis Perodua Myvi. 

“Pemandu bas sekolah itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE