Dalam kejadian pukul 12.05 tengah malam itu, mangsa, Mohamad Shahrul Abu Hassan, 19, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. 

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenia Yamaha Lagenda dalam perjalanan dari arah Pengkalan Balak menghala ke Padang Kemunting. 

"Setiba di satu kawasan selekoh, motosikal ditunggang mangsa telah hilang kawalan dan terbabas di bahu kiri jalan. 

"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE