Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, Mohamad Amrey Ismail, 16,  meninggal dunia di lokasi kejadian akibat  parah pada bahagian perut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dalam perjalanan ke pekan daerah ini dari Sungai Besar.

Katanya, mangsa kemudiannya dikatakan cuba memotong kenderaan di hadapan sebelum dilanggar Toyota Vios.

"Pelanggaran itu mengakibatkan mangsa diseret sejauh 70 meter bersama motosikalnya dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut  Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE