Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima maklumat kejadian tersebut pada pukul 12.30 tengah hari.

"Mangsa berusia 16 tahun datang bersama bapanya yang menjadi jurupandu arah ke tempat perkelahan di sini.

"Bagaimanapun, mangsa yang sedang duduk seorang diri di atas batu dihempap sebatang pokok ekoran tanah susur di belakangnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Remaja maut dihempap pokok
Pasukan bomba membawa mayat mangsa keluar dari kawasan air terjun tersebut dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

 

Tambahnya, orang awam yang berada di tempat kejadian berusaha membantu mengalihkan pokok dan mengeluarkan mangsa sebelum kehadiran pasukan bomba.

Kata kenyataan itu, seorang pengunjung yang merupakan doktor membuat pemeriksaan awal ke atas mangsa dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia akibat kecederaan dalaman yang teruk.

"Pasukan bomba yang tiba kemudian membawa mayat mangsa keluar dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Jelasnya, operasi ditamatkan pada pukul 5.10 petang. - K! ONLINE