Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak Pegawai Bomba Kanan II Seniman Idris berkata, mayat Muhammad Amirul Asraff Sahak, 13, ditemui kira-kira pukul 7.34 malam.

"Mayat mangsa dijumpai kira-kira 4 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang yang berkedalaman 6 meter oleh pasukan penyelamat dan mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Fatimah, Muar untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian semalam, Muhammad Amirul dilaporkan ke tasik itu bersama tiga adiknya untuk menyauk udang sebelum dilaporkan terjatuh lalu hilang serta tidak sempat diselamatkan adik-beradiknya.

Katanya, jenazah remaja itu selamat dikebumikan di tanah perkuburan Paya Mas, Tangkak tengah hari tadi. - Bernama