Dalam kejadian pukul 11.48 pagi itu, mangsa, Norsofea Mohd Rosli, 17, dari Kampung Labu Besar di sini dikatakan mandi-manda bersama dua rakannya di kawasan cetek.

Remaja perempuan itu dikatakan lemas setelah mengubah tempat mandinya ke kawasan yang agak dalam walaupun ditegah rakan berikutan mang­sa tidak pandai berenang.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, mangsa di­sedari dalam keadaan terkapai-kapai oleh rakannya sebelum mereka meminta bantuan pengunjung lain.

“Mangsa terus tenggelam dan hilang daripada pandangan dan pengunjung di situ cuba mencari mangsa dan menemuinya kira-kira 200 meter dari tempat dia tenggelam,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kata beliau, mangsa ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.