Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.04 pagi dan tiba di lokasi 10.25 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi terdapat seorang mangsa lemas di dalam kolam air terjun itu yang terletak kira-kira 400 meter dari parkir kereta dan maklumat awal dari komander operasi mangsa mandi bersama rakannya.

“Mangsa kemudian telah dibawa naik ke kawasan daratan oleh orang awam dan didapati telah meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk proses bedah siasat. - Bernama