Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, remaja dikenali sebagai Manmathan itu beralamat di Kampung Indah, Bahau.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Port Dickson.

“Remaja ini pernah ditahan polis di Port Dickson awal Januari lalu kerana disyaki menghidu gam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Aidi Sham berkata, siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

Kata beliau, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes itu buat masa ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - K! ONLINE