Dalam kejadian itu, suspek dikatakan bertindak menunggang motosikal secara melawan arus dan hampir melanggar seorang anggota polis trafik yang bertugas di lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. A. Anbalagan. berkata,  motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang suspek  kemudiannya hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan.

"Siasatan mendapati, suspek yang masih bersekolah itu dikatakan cuba melarikan diri daripada sekatan selepas motosikal yang ditunggangnya itu telah diubahsuai disyaki untuk menjalankan aktiviti merempit.

"Akibat kemalangan itu juga, suspek mengalami kecederaan pada bibir, luka pada kaki kiri dan lutut. Suspek kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP)," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambah Anbalagan, siasatan kes tersebut akan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. - K! ONLINE