Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, mangsa, Muhammad Muzzafar Shah Mohamad Rozi, 13, dikatakan pergi ke sungai berkenaan untuk merakam gambar bersama dua rakannya.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa dikatakan terjun ke dalam sungai dan dikhuatiri lemas.

"Dua rakannya cuba menyelamatkan mangsa namun gagal kerana keadaan pasir jerlus.

"Pihak kami menerima laporan pada pukul 6.20 petang operasi mencari serta menyelamat terus dilakukan dengan bantuan anggota bomba dan penduduk kampung," katanya.

Menurut beliau, operasi dijalankan di kawasan tebing sungai sahaja kerana keadaan cuaca sudah gelap dan akan disambung esok. - K! ONLINE