Dalam kejadian pukul 5.45 pagi itu, mangsa ber­usia 17 tahun turut me­ngalami kecederaan parah pada belakang badan, jari dan lengan kiri akibat dilibas menggunakan senjata tajam oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa serta rakannya berusia 21 dan 24 tahun datang ke kawasan berkenaan yang terletak berdekatan dengan sebuah restoran untuk memancing kira-kira pukul 3.30 pagi.

“Mereka kemudian didatangi dua lelaki me­nunggang motosikal jenis Honda Wave berwarna perak kononnya untuk bertanyakan sesuatu kepada mangsa.

“Ketika itu juga, pembonceng motosikal bertindak berlari ke arah mang­sa sebelum melibas objek tajam dan panjang ke arah remaja itu,” katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.