Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari, mangsa berusia 13 tahun cedera pada beha kanan berjaya diselamatkan orang awam yang turut berada di lokasi kejadian.

Menurut sumber, buaya sepanjang kira-kira dua meter itu telah membaham kaki kanan mangsa sebelum melepaskan gigitan.

"Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Duchess of Sandakan di sini oleh penduduk untuk menerima rawatan.

"Maklumat diterima, mangsa kini berada dalam keadaan stabil," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, petugas Jabatan Hidupan Liar Sabah telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Kejadian berkemungkinan berlaku ketika air sedang pasang. Mangsa diserang ketika mandi di sungai tersebut," katanya.

Tambahnya, pemantauan lanjut di lokasi akan diteruskan. - K! ONLINE