Semua suspek yang berusia 17 hingga 71 tahun ditahan atas tiga kesalahan menjual dan memiliki tiket loteri haram serta menganjur judi online.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Noor Yusof Ali berkata, serbuan yang berlangsung bermula pukul 11 pagi hingga 6 petang itu melibatkan lima lokasi iaitu di Kuantan, Jaya Gading, Panching, Gebeng dan Beserah.

"Sebanyak 61 anggota termasuk lapan pegawai itu berjaya menahan 13 suspek berbangsa Cina, tiga Melayu dan seorang India.

"Turut ditahan seorang warganegara Indonesia dan Bangladesh," kata pada sidang akhbar Ops Dadu Khas di sini hari ini.

Pihak polis turut merampas sejumlah wang tunai RM8,060, 90 keratan tiket loteri awam, 22 buah telefon bimbit, 10 pencetak mudah alih dan sebuah kereta disyaki dinaiki suspek.

Tambahnya kesemua suspek akan direman bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4A (a), 4B (a), dan 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - K! ONLINE