Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin PBK II, Mohd Hairi Nizam Mostapa berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira 10 malam.

"Sejurus menerima panggilan kecemasan, bomba dengan kekuatan 11 anggota dengan sebuah jentera dan sebuah EMRS bergegas ke tempat kejadian.

"Setibanya di kawasan tersebut pihak bomba mendapati terdapat seorang mangsa cedera dengan tangan tertusuk pada besi pagar," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, tangan mangsa berusia 15 tahun itu berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan mangsa  telah dihantar ke  Hospital Sultanah Aminah (HSA) menggunakan jentera EMRS. - Bernama