Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Anuar Mhd. Juri berkata, sambutan yang mengalakkan pada siri pertama (1) di Tasik Ampang Hilir lalu telah menjadikan JPKL yang bertemakan “Jom Pancing Rakyat Ceria Komuniti Sejahtera” itu sentiasa dinanti-nantikan kaki pancing seluruh negara selain meningkatkan kesedaran warga kota untuk melakukan aktiviti sihat. 

Menurutnya, program ini diharap dapat menambahkan semangat rasa cinta kepada Wilayah Persekutuan dalam usa¬ha memastikan keharmonian serta perpaduan warganya terus dikekalkan demi kesejahteraan bersama.

"Lebih menarik, hadiah keseluruhan pertandingan yang telah memasuki tahun ke-7 penganjurannya ini dinaikkan daripada RM16,000 kepada RM19,000 manakala setiap peserta yang mendaftar juga diberikan dua botol air Oishi sumbangan penaja.

“Juara pertandingan ini pula akan membawa pulang RM8,000 diikuti RM3,000 untuk naib juara dan ketiga bakal memperoleh RM1,000," katanya pada majlis pelepasan lebih satu tan ikan pelbagai spesies di tasik itu hari ini antara patin bersaiz antara 4 hingga 5 kilogram.

Beliau menambah,  pemenang keempat akan menerima RM400, kelima hingga ke-10 akan menerima RM250, pemenang tempat ke-11 hingga 20 menerima RM150, pemenang tempat ke-21 hingga 30 akan menerima RM100, pemenang tempat 30 hingga 50 akan menerima RM70 manakala pemenang tempat 51 hingga 70 akan menerima RM50 setiap seorang," katanya.

Tambahnya, 1000 peserta dijangka mengambil bahagian selepas melihat sambutan yang cukup menggalakkan pada jelajah ke enam  selain memperkenalkan lokasi-lokasi baru bagi warga kaki pancing tidak lepaskan peluang kali ini.

"Selain itu, Taman Tasik Metropolitan, Kepong dipilih kerana terdapat banyak spesies ikan terbaik di sini termasuk tongsan dan toman bersaiz 10 hingga 20 kilogram menanti kaki pancing.

"Yuran sebanyak RM35 dikenakan untuk sebatang joran dan pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia di lokasi pertandingan pada sabtu ini dari pukul 1 tengahari hingga 10 malam,"" ujarnya.

Turut memeriahkan JPKL 2018 ini ialah rakan strategik bersama iaitu Oishi Green Tea dan Igloo.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman facebook jorankl atau menghubungi urus setia di talian 013-3052811, 013-2667011 dan  012-2846811. - K! ONLINE