Menterinya, Rina Mohd. Harun berkata masyarakat desa perlu mengambil peluang berkenaan memandangkan terdapat banyak tempat menarik di desa-desa dalam negara ini yang jika dimajukan dapat menjana pendapatan ekonomi masyarakat setempat sekaligus mencapai sasaran pelancong desa seramai sejuta orang setahun.

"Di Tasik Kenyir misalnya, aktiviti pelancongan kini dikuasai aktiviti memancing dengan kemudahan kira-kira 90 rumah bot, 110 bot laju dan 112 bot rekreasi.

"Ada di kalangan pengusaha rumah bot berkenaan mampu mencapai pendapatan hingga RM30,000 sebulan manakala pengusaha kedai makan sekitar kawasan itu boleh mencecah RM45,000 sebulan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Kenyir di Pengkalan Gawi di sini hari ini. - Bernama