Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Mohd. Nazam Harun berkata, aktiviti sihat bertemakan 'Jom Pancing, Rakyat Ceria, Komuniti Sejahtera' sentiasa dinantikan pemancing sambil beriadah bersama keluarga.

Katanya, pertandingan bertemakan  'Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih' itu diadakan bagi menekankan kepentingan perpaduan serta semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

“Juara pertandingan akan membawa pulang RM6,000 diikuti RM2,000 untuk naib juara dan ketiga bakal memperoleh RM1,000.

"Pemenang keempat hingga ke-10 akan menerima RM200, pemenang tempat ke-11 hingga 80 menerima RM100 setiap seorang begitujuga tempat di 81 hingga ke 100 menerima RM50 setiap seorang manakala tahun ini pihak DBKL turut menyediakan hadiah khas untuk pemenang ikan keli di mana juara menerima RM300, kedua RM200, ketiga hingga ke 7, RM100 dan tempat ke lapan hingga ke 10, RM50" katanya.

Terdahulu, beliau hadir pada acara melepaskan lebih satu tan ikan pelbagai spesies di Taman Tasik Permaisuri di sini antaranya patin bersaiz antara empat hingga lima kilogram (kg) seekor hari ini.

Tambahnya, yuran RM40 dikenakan untuk sebatang joran dan sebanyak 1,000 penyertaan awal layak menerima satu botol air saiz satu liter sumbangan penaja termasuk Oyoshi (Perasa Sakura), Igloo-UFL dan Pure Fishing Malaysia Sdn. Bhd.

Menurut Mohd. Nazam, pendaftaran boleh dilakukan di meja urus setia di lokasi pertandingan Sabtu ini, bermula jam 1 tengah hari hingga 9 malam dan keesokannya kaunter dibuka dari jam 6.30 pagi hingga 10 pagi.

Maklumat lanjut, layari laman facebook, JORANKL atau hubungi urus setia di talian 013-266 7011 dan 012-284 6811. - K! ONLINE