Laporan RCI setebal 524 muka surat yang diedarkan kepada ahli-ahli Parlimen hari ini menyatakan, adalah tidak dapat Tun Mahathir, yang dinamakan sebagai IW24  tidak mempersoalkan atau tidak pernah dimaklumkan mengenai kerugian tersebut.

"Walaupun beliau menafikannya, Suruhanjaya berpeluang bahawa siasatan menyeluruh perlu dijalankan untuk menentukan sejauh mana penglibatan dan liabiliti IW24 dalam perkara ini," kata laporan tersebut di bawah tajuk Tindakan yang Sewajarnya Diambil Terhadap IW24.

Dalam pada itu, Suruhanjaya itu turut mendedahkan BNM mengalami kerugan sebanyak RM31.5 bilion dalam tempoh tiga tahun iaitu RM12.35 bilion pada tahun 1992, RM15.29 bilion untuk tahun 1993 dan RM3.86 bilion bagi 2014.

"Suruhanjaya tidak ragu-ragu ketepatan satu laporan siasatan dalaman BNM yang menyatakan kerugian RM31.5 bilion akibat dagangan mata wang asing.

"Kerugian itu menghalang ekonomi negara berkembang lebih pesat," menurut laporan itu. - K! ONLINE